Tuesday, 21 June 2011

Kemam Sedih Hembur Senyuman

Kau tahu aku sedih tak?
Tapi aku tak peduli pun kalau kau tak tau.
Aku tak suka kau tahu.

Aku pun tak suka sapa-sapa tahu.
Lebih-lebih mak bapak aku.
Semalam-semalam aku cakap dengan mak aku.
Air mata aku jurai-jurai tak henti.
Aku rindu mak!

Sampai hari ini.
Aku masih pegang prinsip aku yang ini.
Biar hati aku pedih.
Jangan kau.

Biar aku kemam sedih, kecewa.
Depan-depan kau aku akan hembur senyuman ketawa aku.
Aku tak nak kau semua terluka.
Aku tidak mengapa.
Sebab aku sedia kawal perasaan.
Untuk kita semua dalam aman-aman sahaja!

Aku tak suka keliling aku muka cam kelat, ketat.
Aku benci kau buat muka palat.
Biar senyum-senyum aman-aman je.

Aku cuma nak dunia kita tenang.
Supaya aku damai dan tenang.
Aku benci kacau bilau hura-hara!

Aku diam.
Tarik selimut.
Aku tidur.

p/s: Aku suka mengalah. Kalau boleh aku nak kalah. 
Aku tak suka menang. Sebab nanti aku penat tengok  sikap orang yang tak
pernah nak mengalah. Aku lagi penat dengan orang-orang macam ini.
Jadi kalau kau nak menang cepat. Mari lah hampir dengan aku.

No comments:

Post a Comment