Wednesday 2 November 2011

Akhirnya

Gagah gila nak buat keputusan sekarang. Betapa puas berfikir sepanjang tempoh yang lama ini. Harap tidak akan ada kesal yang akan menyusul kelak. Semoga hati aku terus tenang menghadap Allah s.w.t dan melalui hari hari yang mendatang. Untuk kau yang pernah aku cinta dan satu satu lelaki yang aku cinta, tiada dendam antara kita. Bukan tidak mahu mempertahankan apa yang pernah kita ada dalam tempoh hampir lapan tahun ini. Tapi yang dapat aku andaikan kita tidak ada jodoh untuk punya hidup bersama. Aku doa yang terbaik untuk kau.


AKU CINTA KAU!


p/s :  Tiada bimbang dalam hati tentang hidup kau yang akan datang. 
Sebab kau lelaki yang bijak mengatur hidup sendiri .

Sunday 23 October 2011

Jalan Baik

Everybody passes numerous paths along the road of life. There's always dilemma when it comes to choosing.

Thursday 29 September 2011

Padat!

Kadang kadang kau hanya mahu hidup dalam apa yang kau mahu
Bukan hidup dalam apa yang kau perlu.

Sebab kadang kadang juga kau tak tahu apa yang kau mahu bukan
jalan hidup yang tenang untuk kau lalui. Menjengkel kan!

Macam aku. Terkejar kejar nak ada hidup yang aku lebih mahu tapi 
esok esok aku sedar sebenarnya apa yang aku pilih itu bawa pilu dalam hidup.

Biar aku cuba kemam sendiri tapi aku tetap cari penyandar bahu untuk 
aku tumpang sekejap. Tapi itu dulu. Bukan sekarang. 
Aku lebih betah sendiri tanpa fikir dalam dalam macam dulu.

Mungkin sebab ruang kepala aku dah cukup padat untuk hal hal pilu dan sengsara hati.
Cuma aku fikir untuk saat ini. Aku mahu duduk diam diam tepi pantai.
Tarik sebatang rokok.
Hembus dalam skala perlahan. 

Tapi itu kalau aku boleh buat.
Bukan makanan aku untuk usia sekarang. Macam bangang!


p/s: Jangan bangsat sangat dengan orang bodoh macam aku!

Ruang Diri

Aku syak aku dah betah sendiri. Apa ada hal ye dak?
Esok lusa aku sorang sorang je dalam lubang 7 kaki.
Harap harap malaikat teman aku dengan aman aman je nanti.
Dokan aku!

Tuesday 5 July 2011

Liar!

Pesen kaki buang air memang aku tak boleh blah.
Tapi kaedahnya keliling aku banyak sangat.
Seronok sangat kau eh nak kencing orang!

Tuesday 21 June 2011

Kemam Sedih Hembur Senyuman

Kau tahu aku sedih tak?
Tapi aku tak peduli pun kalau kau tak tau.
Aku tak suka kau tahu.

Aku pun tak suka sapa-sapa tahu.
Lebih-lebih mak bapak aku.
Semalam-semalam aku cakap dengan mak aku.
Air mata aku jurai-jurai tak henti.
Aku rindu mak!

Sampai hari ini.
Aku masih pegang prinsip aku yang ini.
Biar hati aku pedih.
Jangan kau.

Biar aku kemam sedih, kecewa.
Depan-depan kau aku akan hembur senyuman ketawa aku.
Aku tak nak kau semua terluka.
Aku tidak mengapa.
Sebab aku sedia kawal perasaan.
Untuk kita semua dalam aman-aman sahaja!

Aku tak suka keliling aku muka cam kelat, ketat.
Aku benci kau buat muka palat.
Biar senyum-senyum aman-aman je.

Aku cuma nak dunia kita tenang.
Supaya aku damai dan tenang.
Aku benci kacau bilau hura-hara!

Aku diam.
Tarik selimut.
Aku tidur.

p/s: Aku suka mengalah. Kalau boleh aku nak kalah. 
Aku tak suka menang. Sebab nanti aku penat tengok  sikap orang yang tak
pernah nak mengalah. Aku lagi penat dengan orang-orang macam ini.
Jadi kalau kau nak menang cepat. Mari lah hampir dengan aku.

Sundal Malam

Tiap-tiap hari aku tak pernah lupa kau baiiii. Serius celaka gila. Tapi aku cuba buang perasaan celaka tu jauh-jauh. Aku minta perasaan tu terbang jauh. Jangan balik-balik pada aku. Aku takut perasaan celaka tu jadi badi pada aku. Bukan macam dulu dengan menyundal dengan jantan lain. Sekarang aku tarik sejadah, tadah tangan. Malu aku pada DIA yang dah amanahkan hati untuk aku jaga tapi kau? Senang-senang fakap hati aku. Kau faham tak?