Kadang kadang kau hanya mahu hidup dalam apa yang kau mahu
Bukan hidup dalam apa yang kau perlu.
Sebab kadang kadang juga kau tak tahu apa yang kau mahu bukan
jalan hidup yang tenang untuk kau lalui. Menjengkel kan!
Macam aku. Terkejar kejar nak ada hidup yang aku lebih mahu tapi
esok esok aku sedar sebenarnya apa yang aku pilih itu bawa pilu dalam hidup.
Biar aku cuba kemam sendiri tapi aku tetap cari penyandar bahu untuk
aku tumpang sekejap. Tapi itu dulu. Bukan sekarang.
Aku lebih betah sendiri tanpa fikir dalam dalam macam dulu.
Mungkin sebab ruang kepala aku dah cukup padat untuk hal hal pilu dan sengsara hati.
Cuma aku fikir untuk saat ini. Aku mahu duduk diam diam tepi pantai.
Tarik sebatang rokok.
Tarik sebatang rokok.
Hembus dalam skala perlahan.
Tapi itu kalau aku boleh buat.
Bukan makanan aku untuk usia sekarang. Macam bangang!
p/s: Jangan bangsat sangat dengan orang bodoh macam aku!
No comments:
Post a Comment